Bila cerita tentang lemak ramai beranggapan semua lemak jahat yang mengakibatkan gemuk.Sebenarnya tak semua lemak itu tak baik. Menurut pakar nutrisi ada 2 jenis lemak iaitu lemak tepu dan lemak tak tepu.
Lemak tak tepu merupakan lemak yang baik kerana ia membantu mengelakkan kencing manis,sakit sendi dan serangan jantung malah berperanan penting untuk perkembangan otak.
Lemak tepu ialah lemak yang tidak baik untuk kesihatan. Sekiranya pengambilan secara berlebihan akan mengakibatkan kolestrol tinggi yang mana boleh menyebabkan salur darah tersumbat,strok dan serangan jantung.
Walaubagaimana pun badan memerlukan lemak untuk berfungsi dengan lebih baik.Jadi perlu la berhati-hati dalam memilih makanan.
Tips Mengurangkan Lemak Tepu Di Dalam Badan
Kurangkan makan daging merah kerana daging jenis ini mengandungi lemak tepu yang tinggi berbanding daging putih seperti ayam.Tetapi perlu berhati-hati dengan bahagian ayam seperti peha dan kepak kerana bahagian ini lebih banyak kandungan lemak berbanding bahagian dada ayam.
Gunakan minyak zaitun dalam masakan.Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolestrol serta menggantikan lemak tepu dalam masakan.
Elakkan makan makanan beku.Kebanyakkan makanan yang dibekukan mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. kebiasaannya makanan yang di bekukan khususnya makanan yang hanya di panaskan menggunakan microwave mengandungi kalori yang tinggi.
Panggang daging yang ingin di makan.Daging yang di panggang lebih elok kerana lemak pada daging akan mengalir keluar dan tidak di serap semula.Berbeza jika makan daging digoreng kerana daging tersebut akan menyerap semula lemak dari minyak yang di gunakan untuk menggoreng.
Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. kebanyakan keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi.Jika anda ingin menggunakan keju atau susu dalam masakan pilih lah yang berasaskan susu rendah lemak.
Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian. Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk membantu melawan lemak tepu dan kolestrol jahat di dalam badan.Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan dalam badan,menguatkan jantung,membantu penglihatan yang lebih baik serta menstabilkan hormon.Omega-3 ini boleh didapati dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon,tuna dan ikan serdin.Selain itu boleh juga di dapati dalam bentuk kapsul suplemen Omega-3 seperti Omega Guard Shaklee.
untuk mengetahui lebih lanjut tentang Omega Guard Shaklee boleh Klik Sini.
Perlu ingat yer...Jangan buang semua lemak dari pemakanan harian kerana otak dan beberapa organ dalam badan memerlukan sejumlah lemak untuk berfungsi dengan lebih baik.
Norliza Osman
012-6411963
SID : 1112703
No comments:
Post a Comment