Wednesday, 15 October 2014

Salad Untuk Diet

Salad merupakan makanan sihat yang menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.Salad ini bukan sahaja mudah untuk di sediakan malah menjadi menu utama kepada mereka yang sedang menjalankan program diet.
                           

Kenapa Salad Dikatakan Dapat Membantu Menurunkan Berat Badan

                                           
Rendah Kalori

Biasanya salad di buat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mentah dan segar. Makanan mentah lebih lama untuk dicerna berbanding makanan yang telah di masak. Jadi anda akan berasa kenyang lebih lama.Biasanya salad untuk berdiet hanya menggunakan minyak zaitun atau minyak kanola yang di percayai rendah kolestrol.

                      

Tinggi Serat

Salad mengandungi serat yang tinggi kerana ia terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.Makanan berserat dikatakan lebih mengenyangkan dan sangat baik untuk pencernaan serta melancarkan pembuangan najis.

                         

Kaya Nutrisi Penting

Terdapat banyak nutrisi penting seperti vitamin A,B,C,K dan mineral di dalam salad buah-buahan dan sayur-sayuran. Nutrisi penting ini dapat memastikan tubuh anda tidak kekurangan gizi ketika berdiet.

                              
Kaya Air

Salad buah-buahan dan sayur-sayuran biasanya dalam keadaan mentah dimana ia megandungi kandungan air yang sangat tinggi.Air dapat mengenyangkan  dan mempercepatkan proses metabolisma.

Setakat ini dulu entry saya kali ini.Pastikan salad anda lebih sihat supaya program diet anda lebih efektif. 


Norliza Osman
Sms/WhatsApp 012-6411963
Shaklee ID : 1112703

No comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...