Thursday, 9 October 2014

Kesilapan Berdiet Punca Kekurangan Nutrisi

                                    

Ramai di kalangan kita inginkan bentuk badan yang ramping dan kurus.Bermacam-macam kaedah yang dipraktikkan antaranya makan ubat perlangsingan dan ada juga terpaksa berpantang semata-mata untuk kurus.Apa pun yang kita praktikkan keberkesanannya bergantung kepada keserasian tubuh badan seseorang.

Perlu berhati-hati dalam memilih cara atau program diet kerana ia mempengaruhi perkembangan dan keberkesanan diet yang di praktikkan.Jika salah memilih amalan berdiet badan akan berasa lesu atau letih dan berpotensi mendapat penyakit osteoporosis (tulang rapuh), kencing manis, strok, dan pelbagai penyakit berkaitan jantung.

Walaupun berdiet pastikan tubuh badan memperolehi zat dan nutrisi yang cukup supaya badan dapat mengekalkan sistem pertahanan dan memelihara organ-organ agar berada dalam keadaan baik.

Sesetengah simptom atau gejala salah berdiet boleh dikesan pada peringkat awal namun ada juga yang mengambil sedikit masa untuk di kesan.

Jika seseorang itu mengalami simptom seperti tekak berasa mual, pening kepala, sembelit dan nafas berbau berkemungkinan individu tersebut telah mengamalkan cara diet yang salah dan itu menandakan badan memerlukan karbohidrat dalam dietnya.

Jika kekurangan protein pula individu tersebut akan kerap berapa letih dan mengantuk dan sekiranya kerap membuang air kecil berkemungkinan badan anda kekuranga zat penting seperti vitamin, meneral dan serat di dalam diet anda.

Itu la sebabnya dalam berdiet tidak boleh sesuka hati jer.Perlu tahu cara dan apa zat yang diperlukan di dalam badan ketika berdiet.

Nak tahu bagaimana diet yang betul cepat-cepat hubungi saya.Saya akan guide anda sehingga anda berjaya mendapat berat badan ideal.



Norliza Osman
Sms/whatsApp 012-6411963
SID : 1112703

No comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...