Wednesday, 1 October 2014

Kenapa Perlu Kurus??

Siapa yang tak nak sentiasa cantik,slim,ramping dan kurus lebih-lebih lagi pada wanita.Mungkin ada yang tak kisah berbadan besar atau pun gemuk.Ada juga yang cakap “ Tak kurus pun tak pe yang penting bahagia dan orang sayang”.  
                         
Pada saya memang tak salah kalau tak kurus tapi betul ke bahagia….Sebab kebanyakkannya gemuk tu mengundang bahaya.Jadi mana bahagianya…lagi stress ada la kot.tu pendapat saya la.sebab saya juga di golangan yang sama pada satu ketika dulu.

Banyak kajian telah di buat, gemuk boleh mengundang penyakit seperti:-

  • Strok
  • Serangan Jantung
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing Manis
  • Kolestrol Tinggi

Kenapa Pentingnya kurus


  • Keyakinan diri – Bila tengok cermin lepas tu mengeluh sebab nampak badan gemuk muka pulak bertambah bulat.Secara tidak langsung keyakinan dalam diri semakin hari semakin berkurang.Nak berjumpa kawan-kawan pun terasa segan. Jadi perlu la diet supaya diri kita lebih berkeyakinan.
  • Kesihatan – Bila kita sihat, automatik kita boleh berkerja dengan gembira dan tidak terasa penat.Badan pun akan rasa ringan, cergas dan bertenaga.Baru la boleh bahagiakan orang yang kita sayang.
  • Senang Shopping – Kadang kala ada baju yang kita berkenan tetapi tak de saiz.memang stress sangat time tu. Jika kita kurus nak shoping pun senang, cari baju lagi senang.

Objektif saya untuk kurus semula semata-mata untuk kesihatan.Kalau kesihatan baik maka family saya juga terurus.ermmm…lagi satu senang nak cari baju. Sebenarnya bila kita kurus badan akan jadi lebih sihat dan bertenaga.

Saya dapat rasakan perbezaan dulu semasa berat badan saya melampau kira obesiti la juga.Muka bulat kalau pakai tudung nampak pipi jer, lengan dan peha besar,perut buncit nak berselfie pun segan.Lagi sedih bila time nak beli baju. Memang susah nak cari. Bila jumpa baju yang berkenan mesti tak de saiz.Masa tu redha jer…tapi sekarang masalah obesiti hampir berjaya.

Jadi saya memang galakkan kepada semua wanita harus menjaga berat badan dan penampilan diri.Kerana kita merupakan pengurus keluarga.Kita perlu kekal sihat dan cergas serta sentiasa nampak cantik di mata keluarga.




Norliza Osman
Sms/WhatsApp : 012-6411963
Shaklee ID : 1112703





No comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...