Anda mungkin pernah melihat sesetengah orang mempunyai salur darah berwarna biru yang kelihatan nyata pada kaki mereka.Ini la yang di panggil urat simpul.Biasanya terjadi kepada wanita hamil juga berbadan besar.Individu berkenaan akan berasa sakit apabila berjalan atau berdiri lama.
Urat bersimpul atau di kenali sebagai Vena Varikos boleh dilihat dengan jelas simpulan urat berwarna kebiruan yang adakalanya timbul pada permukaan kulit kaki terutama dibetis dan buku lali.
Menurut pakar bedah Vaskular & Endovaskular (Dr Lee Soon Khai), semua pembuluh darah berpotensi untuk bersimpul tetapi salur darah yang paling berisiko adalah di bahagian kaki.
Mengikut kitaran dalam salur darah, darah kita mengalir dalam satu hala dan Injap pada salur darah (Vena) berperanan memastikan darah tidak beroksigen mengalir dari kaki ke jantung.Kemudia ia akan tertutup untuk mengelak darah mengalir semula ke kaki.Jika injap ini lemah ia tidak boleh berfungsi dengan baik dan akan berlaku la aliran songsang darah.
Apabila berlakunya aliran songsang darah yang sepatutnya mengalir ke jantung tetapi berpatah balik dan berkumpul dalam salur darah kaki.Lama kelamaan tekanan dalam salur darah meningkat dan akhirnya menyebabkan salur darah menjadi lemah, mengembang, membesar, memanjang dan akhirnya berbelit-belit.
Faktor Terjadinya Urat Simpul
1. Keturunan :80% mendapat masalah urat simpul jika individu mempunyai ibu bapa yang mengalami masalah urat simpul dan 50% jika hanya salah seorang (Ibu atau Bapa).
2. Kehamilan : Ketika hamil peningkatan paras hormon progesteron menyebabkan salur darah mengembang dan rahim yang membesar menindih saluran darah serta menyekat aliran darah balik ke jantung.
3. Pekerjaan : Lebih kerap berlaku kepada golongan yang bekerja dalam keadaan berdiri atau duduk terlalu lama.
4. Umur Dan Berat Badan : Semakin gemuk seseorang semakin tinggi risiko mendapat urat simpul.
Gejala Urat Simpul
1. Salur darah menjadi besar berwarna biru dan berbelit.
2. Kaki bengkak
3. Berlaku perubahan pada warna kulit,kulit kaki menjadi pucat.
4. Buku lali bengkak
5. Kaki cepat letih dan kerap mengalami kekejangan pada waktu malam.
Cadangan Vitamin Shaklee untuk Urat Simpul
B Complex : Diperkaya dengan Vitamin B9 (Asid Folic), Vitamin B12 (Lobalamin) dan Vitamin B6 (Pyrodixine) sangat membantu mereka yang mempunyai keturunan yang mengalami masalah urat atau saraf.Vitamin B3 juga penting untuk membaiki aliran darah dalam vena dan arteri.
Vita-C : Vitamin C membantu pembentukkan kolagen dan kulit.Jika kekurangan vitamin ia boleh menyebabkan berlakunya atehrosclerosis iaitu pemendapan plak dalam salur darah dan boleh menyebabkan berlakunya strok dan serangan jantung.
Vita-E : Vitamin E penting bagi membantu mengelakkan berlakunya urat simpul dengan menggalakkan pengaliran darah yang lancar melalui vena dan arteri.Vitamin E juga membantu mengelakkan platelet daripada melekat dan seterusnya terjadi salur darah tersumbat.
Jadi jangan biarkan darah berkumpul di kaki anda....
untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya seperti di bawah.
Norliza Osman
012-6411963
SID : 1112703
No comments:
Post a Comment