Ramai yang berpendapat waktu pagi paling sesuai untuk menimbang berat badan.Tapi sebenarnya bila-bila masa sahaja sama ada sebelah pagi, tengahari, petang dan malam.
Cuma perlu memilih waktu yang sama setiap kali menimbang berat badan.Misalnya, sebelum ni timbang pikul 7 pagi jadi pastikan timbang yang seterusnya pada waktu yang sama juga.
Seeloknya timbang berat badan seminggu sekali sahaja.ini kerana jika anda hampir mencapai berat ideal anda mingkin lebih cenderung untuk menimbang dengan lebih kerap. Setiap perubahan angka dalam timbangan boleh mengecewakan anda akhirnya anda mungkin akan berdiet dengan lebih ekstreme atau tidak mahu berdiet langsung.Selagi anda berpegang kepada pelan diet anda tidak perlu risau memikirkan sebarang kenaikan berat badan.
Bagi wanita pulak, elak menimbang berat badan semasa datang bulan ini kerana di katakan pada waktu datang bulan tubuh wanita menyimpan lebih banyak air kerana berlaku perubahan hormon.
Untuk mendapatkan berat yang tepat perlu juga menjaga postur badan ketika sedang menimbang.Pastikan berdiri di dalam keadaan yang stabil tidak bergerak-gerak, berjingkit atau bersandar pada sesuatu objek.
okey la....setakat ni dulu entry saya untuk kali ini.Semoga bermanfaat buat anda yang sedang berdiet.
Norliza Osman
sms/whatsapp 012-6411963
Shaklee ID : 1112703
Salam malam selasa Liza...
ReplyDeleteSuspen nak timbang sekarang..especilly after tak exercise for quite sometimes. Then raya hari tu makan punyalah banyak..he..he
salam....
Deletehihihihihi....sy pun dah lama tak timbang ni.yakin selagi berpegang pada pelan diet insyaallah berat badan tak naik.